Akhirnya Pemandu Yang Langgar Yue Yue Terima Balasan


BEIJING: Dua pemandu dipercayai melanggar budak berusia dua tahun, Yue Yue, ditahan pihak berkuasa China, lapor Beijing News, semalam.

Menurut laporan, polis bandar Foshan melengkapkan siasatan dan mengarahkan dua suspek terbabit ditahan secara rasmi dan hampir pasti bakal didakwa di mahkamah.

Yue Yue dirempuh dan digilis dua kali di sebatang jalan di pasar Foshan dan terlantar di situ beberapa lama sebelum seorang wanita pemungut sampah mengangkatnya ke tepi. Mengalami kecederaan parah, Yue Yue tidak diendahkan sekurang-kurangnya 18 orang yang lalu di sampingnya.

Dia meninggal dunia selepas mendapat rawatan di hospital minggu lalu.

Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila ia dirakam kamera litar tertutup di kawasan pasar berkenaan dan dimuat naik ke Internet. - DM

Sumber-myMetro

{ 8 comments.. read them below or add one }

Mohd Zakwan Zain Mohd Zakwan Zain October 26, 2011
bagus la tu .. orang yang salah memang patut mendapat balasannya..
RaraTan RaraTan October 27, 2011
ish3, haiwan pon tak sekejam macam ni. alahai nasib~
Denaihati Denaihati October 27, 2011
pengajaran utk. org lain yg ade perangai macam tu kat sane. confirm x de yg macam ni kat malaysia.
Unknown Unknown October 28, 2011
kalo kat negara kite da tentu kite tolong...kat sana undang2 dorang mmg cam 2...terok betul...kesian budak 2..xpela, lebeh bek die meninggal drpd dia trs menderita sakit...
AnonymousAnonymous October 28, 2011
Siapa kata kat msia tak ada. Langgar lari budak sekolah,org tua,org pempuan.org cacat.Ada yg nampak buat tak nampak. Takut kereta kotor kena darah.Takut bini marah.Lagipun pulis lalu lintas kata kalau nampak kemalangan jangan perlahankan kenderaan...
ZieMarziah ZieMarziah April 27, 2012
alhamdulillah kat malaysia x mcm ni..

salam kenal:)follow u

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.