Kesilapan Dan Kesalahan Di Bulan Puasa

”kesalahan
        
    
       Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

       Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-





1. Berpuasa tetapi tidak solat
- sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.
- anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat
- juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan
  Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat  adalah
  tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama - aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
- sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa
- mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
- Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang
   menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan
- dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada
  Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
- Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya.
- Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta,
   maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
- sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
- Allah S.W.T bersabda,"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu
  tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
- Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan
  dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar

- solat secara 'ekspres'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat,
  sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci
  Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika
  ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi
  tidak sempurna.
- Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya, "Kembalilah, lalu
  solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) .
- silap bacaan selawat.
- Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja.
- Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur
.
-"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang
  mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)


  •  Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
  • Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling  utama dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown August 04, 2011
nice...semoga sama-sama kita usaha meningkatkan usaha kita bg dapt ramadhan yg berkat
cik jari cik jari August 04, 2011
same2lah kita ubah semua ni supaya untuk menjadi umat yang lebih baik..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.