Ajar Kawan Buat Akaun Facebook



Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :



Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?


Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?


Lelaki : dah. Aku dah ada email pun


Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer


Lelaki : browser tu ape?


Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer


Lelaki : pastu?


Kawan : kat kotak paling atas, ko type 'www.facebook.com' pastu enter


Lelaki : oke! Pastu weh?


Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada


Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni


Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?


Lelaki : paling atas cuma ada tulisan
'the page cannot be displayed'


Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu


Lelaki : betul la aku type, http://www.facebook.com/


Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati


Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet


Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet


Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye


Kawan : sokey bro, email ko ape weh?


Lelaki : http://www.akuhensem2011/@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi


Kawan : laa.. Mana ade email pakai 'www' kat depan. Alahaiii..


Lelaki : www tu ape weh?


Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ((bengang)) >:O



credit to Syafiq

2 comments.. read them below or add one

Fee Hafeezah ketuk keyboard Fee Hafeezah ketuk keyboard June 23, 2011
Hahaha..ade jugak org camtuh lagi zaman sekarang nih.serius lawak gile..gelak guling2.. :D

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.