Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir (Doa Elak Sihir) - Assalamualaikum pembaca blog ini, walaupun Malaysia telah maju sekarang, masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan ilmu hitam semata-mata disebabkan dendam, nafsu dan lain-lain. Di bawah mereupakan bebenang yang dikongsi oleh saudara Risz Wel mengenai langkah mengenal bagaimana jika hubungan suami isteri diganggu sihir.
Banyak orang tertanya-tanya bagaimanakah tanda tanda sebuah hubungan suami isteri yang terkena sihir.. Sebelum kita pergi lebih dalam lebih baik kita faham maksud sihir itu sendiri dahulu.
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara drastik tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan syirik.
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:
1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Suami/isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
8. Suami/isteri beberpa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.
Nota kaki : Semoga jika anda ada perasaan seperti yang diterangkan seperti di atas, silakan mengamalkan ayat yang diberikan. Jika rasa masih tak mencukupi, anda bolehlah berjumpa dengan pakar-pakar rawatan Islam yang sah.
SUMBER