Mengapa Wujudnya 4 Mazhab dalam Islam?


Mengapa Wujudnya 4 Mazhab dalam Islam?

1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’.

10. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talfiq (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

11. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

12. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.

{ 8 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous February 13, 2016
Yg tak bermazhab tu alim alim besar belaka.
Tp bnyknya yg ada skrg, jenis perasan alim. Jenis perasan alim ni tak makan nasihat. Biar ke dia ler, cakap bnyk pun, panas pulak nanti.
TEROPONG TOK BOMOHTEROPONG TOK BOMOH February 13, 2016
klu bodoh dan jahil,jgn nak menyebarkan pemikiran kamu yg jumud tu,nescaya kamu akan membuat org lain sesat....ni mesti wahabi takfiri
mohamad mohamad February 13, 2016
Kenapa kena pegang satu mazhab? Bukankah semua diajar oleh nabi, ajaran nabi sudah lengkap sebelum lahir mazhab. Mazhab timbul 300 tahun selepas nabi wafat. Apa pulak mazhab sebelum 300 tahun tersebut. Adakah mereka yg tak ada mazhab pada masa itu amalan mereka tidak sah kerana tidak ikut salah satu dr 4 mazhab? Tidak ada pulak mana2 iman dlm 4 mazhab suruh berpegang kpd mazhabnya saja. Imam maliki anak murid imam syafei, kalau begitu kenapa maliki tak ikut 100% mazhab shafei, sepatutnya kenalah maliki ikut shafei. Lupakah bahawa nabi telah bersabda bahawa aku tinggalkan kpd kamu hanya 2 perkara untuk dikuti, nescaya kamu tidak akan sesat,iaitu quran dan hadis. Maka kembali lah kepada 2 perkara tersebut. Pendapat Iman mazhab sebagai guideline dlm membuat ibadah dan berijtihad dlm perkara2 baru. Jangan disempitkan fikiran. Ilmu tidak terhad dan ada batas serta tuhan tidak pula menamakan sesiapa selepas nabi utk jadi ulama. Jangan taksub sehinggakan orang kemudian bodoh dan tak sama taraf. Setiap merwka alim dalam zaman mereka. Kalau ada yang alim sekarang maka itulah ulama kita
testing testing February 14, 2016
so nak pakai keempat2 mazhab boleh tak
AnonymousAnonymous February 14, 2016
Utk pegangan sendiri terpulang masing masing, esok jawab sendiri.
Tp yg melibatkan org lain, atau utk diajarkan kpd umum kena berhati hati, ditakuti tersilap. Kerana itu, merujuk pendapat ulama' ulama' terdahulu lebih selamat.

Yg mmg alim betul, takder masalah tak bermazhab pun. Dah mmg dia katam keseluruhan Al Quran dan Hadis, katam ilmu tafsirnya, katam jugak ilmu kaedah pengambilan hukum dr Quran dan Hadis, OK lah tu kalau tak bermazhab pun.
Anoynimous Anoynimous February 14, 2016
Habis tu bab contoh tadi naik bas dsbg kesekolah, boleh macam2 kenderaan pulak, kenapa bab mahzab walau faham semua mahzab disarankan ikut satu mahzab aje
Eh wa ada bas, wa ada van , wa ada kereta,motor , basikal, tikar terbang dsbg, suka ati wa la nak naik ap gi sekolah weh.
Mahzab ni pulak bila timbulnya?
Berapa lama mahzab timbul sesudah kewafatan nabi junjungan kita?
Eh selepas nabi wafat sehingga timbulnya mahzab mahzab ni islam tak diamalkanlah ya?
Masa itu para sahabat dan tabi'in tak tau lah ye cara hidup beragama?
Unknown Unknown February 14, 2016
Salam. Semua mazhab bersumber dari al quran dan sunnah nabi, cuma yg jadi berbeza bila memahami teks. Semua mazhab diiktiraf. Siapa yg xnak ikut mazhab maksudnya dia nak tafsirkan agama ni ikut seleranya samada dia berilmu atau lebih teruk yg xde ilmu. Utk lebih mudah ikut je yg dah ada, kenapa perlu nak buat mazhab sendiri kecualilah kalau terasa taraf mujtahid.
AnonymousAnonymous February 17, 2016
Konfius ahhhh... itu ...ini...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.