Ferrari 458 Dibakar Anak Jutawan Sebab Bosan

Ferrari 458 Dibakar Anak Jutawan Sebab Bosan - Memang dah kaya sangat kalau macam ni. Di Augsburg, Jerman, seorang lelaki di denda sebanyak 20,865 Pound (RM130,748) kerana dengan sengaja membakar kereta Ferrari miliknya untuk menipu pihak insurans semata-mata untuk membeli kereta baru.

Menurut laporan Dailymail, lelaki tersebut yang baru berusia 19 tahun, bertindak sedemikian kerana sudah bosan dengan Ferrari 458 Italia miliknya itu.

Lebih terkejut, selain Ferrari, lelaki tersebut juga sebenarnya mempunyai 15 buah lagi kereta mewah yang lain.

ferrari 458 dibakar


Untuk menjayakan rancangan penipuan tersebut, dia dikatakan berkomplot bersama tiga orang lagi rakannya.

Walau bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup di situ menunjukkan dia dan rakan-rakannya yang membakar kereta tersebut.

Difahamkan, anak jutawan itu melakukan jenayah tersebut setelah mendapat nasihat daripada pengilang kereta tempatan.

Hakim menjatuhkan hukuman 22 bulan pengawasan dan denda terhadap lelaki tersebut, manakala 3 orang rakannya dihatuhkan hukuman pengawasan selama 14 hingga 16 bulan.

Akhbar tempatan disana memberitahu, lelaki tersebut merupakan anak kepada seorang usahawan Zurich.

menipu pihak insurans

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.