Ibu Bapa Dera Bayi 4 Bulan Sehingga Koma

Ibu Bapa Dera Bayi 4 Bulan Sehingga Koma - Ibu dan bapa kepada bayi perempuan berusia empat bulan yang koma dipercayai didera di Sungai Petani, ditahan reman empat hari, bagi membantu siasatan polis. Perintah tahanan reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas jenayah mendera bayi 4 bulan sehingga koma..

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada pukul 11 malam tadi.



Rabu lepas, bayi itu yang baru empat hari ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan itu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikatakan mengalami pendarahan pada otak dan mata.

1 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.