Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara korang yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah korang fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain, dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
"Allah akan menolong seorang hambanya, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya"- HR Muslim
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih untuk boikot McD kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Sekian.
"Boikot bukan bererti benci ! Guna ilmu bila boikot bukan emosi.." kata blogger Ben Ashaari
akupun boikot mcd ni dari 2008.. tak kecoh pun
yg kecoh ni sbb nak mc d free kot
sok lusa harga turun start dah pi beli balik gamaknya
yg starbuck tu tak plak korang pi boikot...nestle... tesco...
ap ke hal dok gasak mc d sesaja