Baroness Warsi Letak Jawatan Sebagai Menteri Luar Britain Sebab Konflik Gaza-Israel

Baroness Warsi,Sayeeda Hussain Warsi Letak Jawatan Sebagai Menteri Britain Sebab Konflik Gaza-Israel - Assalamualaikum, Hari ini kita dikejutkan Menteri di Britain letak jawatan sebab tak tahan dengan polisi kerajaan Britain terhadap Gaza. Tak tersangka seorang menteri sanggup melepaskan jawatan penting sebab ada perasaan kemanusiaan kepada Gaza. Harap2 di Malaysia selepas ni kerajaan bolehlah berhenti berdagang dengan Israel dan hantar bantuan pejuang-pejuang yang ingin syahid dan jangan dihalang pulak mereka yang ingin berjuang ke jalan Allah.


Menurut berita Sinar, Perletakan jawatan oleh Menteri Luar Britain, Baroness Warsi hari ini dilaporkan berikutan percanggahannya dengan polisi kerajaan terhadap Gaza.

Perletakan jawatannya disahkan oleh beliau sendiri melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui akaun laman sosial Twitternya pada hari ini.

Akaun twiiter Baroness Warsi
Akaun twiiter Baroness Warsi
“Dengan penuh kesal saya mengakui telah menlis surat kepada Perdana Menteri untuk mengusulkan perletakan jawatan saya.

Surat Perletakan Jawatan Baroness Warsi
Surat Perletakan Jawatan Baroness Warsi
Katanya melalui status dari akaun Twitternya.“Saya tidak boleh pertahankan sokongan saya ke atas polisi kerajaan terhadap Gaza,” 

Menurut sebuah laporan yang dipetik dari portal, perletakan jawatan Warsi dikatakan menjadi tamparan hebat buat Perdana Menteri, David Cameron yang juga dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana gagal mengutuk tindakan rejim Zionis yang membedil dan menyerang penduduk Gaza di Palestin.

Dikatakan  David Cameron gagaldalam menyelar tindakan tentera Israel yang telah melakukan serangan udara ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Rafah baru-baru ini.

Beliau berpendapat bahawa David Cameron harus lebih tegas menyatakan pendirian beliau mengenai pendekatan dan pandangan kerajaan dalam konflik Israel-Palestin dari segi moral dan bukannya demi kepentingan negara dalam surat perletakan jawatannya,

Melalui surat tersebut, beliau berkata,“Dasar kita menekankan kepentingan proses hubungan damai di Timur Tengah secara amnya, namun baru-baru ini perdekatan kita berhubung krisis semasa di Gaza disifatkan tidak kukuh dari segi moral, ia turut akan menjejaskan dan memudaratkan reputasi kita di peringkat antarabangsa dan dalam negara dalam jangka masa panjang,” 

Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Luar sejak 2012 kerap menyatakan pandangan beliau mengenai pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel melalui akaun Twitternya yang mempunyai 62,600 pengikut (terkini).

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.