Cuti sekolah semakin meriah ditambahkan lagi peperiksaan SPM 2012 dah tamat. Banyak program yg telah dirancangkan. Ada yang merancang percutian ke sesuatu tempat, bekerja sementara, belajar kursus2 jangka pendek atau duduk di rumah bantu ibubapa serta teruskan hobi yang tertangguh.
Hobi yang tertangguh tu apa? Oo...hobi yang ditingglkan sekejap aktivitinya kerana menumpukan pada suatu perkara yang lebih penting macam menghadapi peperiksaan spm. Macam sorang Mamat ni yang minat sangat dengan memancing. Beberapa tahun lepas, selesai sahaja peperiksaan SPM, dia mengajak bapanya memancing di tempat yang selalu dibawa bapanya.
Janji dengan bapa lepas zohor mereka akan bertolak. Tiba-tiba bapa telefon pukul 12 tgh, dia tak dapat ikut kerana ada hal penting. Bapa cadangkan Si Mamat pergi sorang diri dgn motosikal yang baru diperolehi lesennya enam bulan lepas. Oleh kerana minat yang mendalam dgn memancing dan ditambah dgn rasa lapang dada kerana SPM dah selesai, dia bersetuju dgn cadangan bapanya itu. Tanpa berlengah dia berwudhuk dan bertolak seorang diri. Dalam kepala dia merancang untuk bersolat zohor di surau tua berdekatan tempat memancing. Dia siap berwudhuk kerana bimbang tiada air di surau dan malas nak berwudhuk di sungai.
Sesampainya dia melihat jam 2.10 petang, dah masuk waktu zohor sejam yang lalu. Cuaca pulak gelap macam pukul 7 ptg. Mungkin nak hujan. Diapun terus bersolat.
Pada rakaat yang kedua, tiba2 terdengar bunyi suara orang ketawa. Semerta dgn itu bulu romanya meremang. Setiap kali dia sujud, terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Haiyy...macam cerita seram Korea saja ni...
Teringat dekat abah. Tak pernahpun abah cakap surau ni ada problem. Dalam hati, Mamat nekad selesaikan solat dgn segera. Terlintas di fikirannya ni surau tinggal ker, sebab nampak dah uzur sangat dan alahai, sapalah pulak yang duduk kat tengkuk ni...semakin meremang bulu romanya....semakin ramai suara orang ketawa! Rasanya paling cepat dia solat tapi lambat nak sampai rakaat keempat.
Selesai memberi salam, Mamat pun meraup muka dan tangannya terpegang sesuatu..ooh tak tanggal helmet pun tadi! Aaa...toleh belakang, ramainya orang sedang tengok dia. Dongak atas, jam masih pukul 2.10! Mimpikah aku ni?Kelihatan seorang pak cik mengeluarkan tangga dari bilik stor dan menyandarkan ke dinding jam. Bergegas Si Mamat turun dari surau...malu!
'Tunggulah dulu nak, dah nak azan ni, kita berjemaah!' seorang pak cik menyapa, tok imam barangkali.
'Tak palah pak cik, saya nak cepat ni.' tanpa berlengah menghidupkan enjin motorsikalnya dan berlalu pergi.
Aargh...tak payah memancing, balik solat kat rumah jer lah.
Seram tak? Tak seram pun tak apa, tak lucu pun tak apa, sekadar sebahagian daripada rencah hidup. Mak suka tengok masyarakat Islam di kota tak semua yang lupa solat. Beberapa buah shopping complex yang mak kunjungi, baik pekerja maupun pengunjung tak putus2 memasuki surau untuk solat, alhamdulillah.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.