ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Aiman yang ditemui lemas di sebuah lombong di Kampung Gelam, Kedawang, Langkawi semalam.
Bapa mangsa, Ali Akob, 49, memberitahu, dia berhasrat untuk membelikan kasut tersebut hari ini seperti yang diminta anak kelima daripada enam beradik itu.
"Bagaimanapun ia tidak dapat ditunaikan kerana arwah pergi terlebih dahulu. Saya reda dengan ketentuan takdir," ceritanya.
Mengimbau semula kejadian itu, Ali memberitahu, dia bergegas ke lombong berkenaan sebaik dimaklumkan oleh penduduk kampung pada pukul 5 petang. Jarak rumahnya dengan lombong berkenaan kira-kira satu kilometer.
"Sebaik tiba, saya lihat tiada sesiapa di situ lalu terus terjun ke dalam lombong tetapi gagal menemuinya kerana air keruh.
"Saya kemudian meminta bantuan sebelum mayat anak saya ditemui oleh pekerja tapak lombong dan penduduk kampung yang menyelam di dalam lombong itu," katanya lagi.
Tambahnya, dia tidak tahu anaknya mandi di lombong tersebut bersama rakan-rakannya kerana kebiasaannya arwah akan duduk di rumah sahaja selepas pulang sekolah.
Sumber:Kosmo
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.