Tidur lagi..... (II)

Assalammualaikum,

Ingat dulu mak pernah cakap pasai tidur? Aaaaa....harini nak sambung sikit lagi , pasai semua orang mesti tidur, semua orang suka tidur ... dan kita mesti tidur...ini adalah keperluan fisiologi kita.
Ada orang tidur lebih, ada yang tidur nyenyak, ada yang susah tidur (insomnia), tapi harini mak nak tulis tentang tidur sekejap yang biasanya kita lakukan di siang hari.





'Qailullah' , 'napping' atau tidur sebentar pada siang hari merupakan salah satu sunnah Nabi s.a.w dan kajian moden menunjukkan tidur siang menjamin keselesaan tubuh secara total. Baru selesa bila nak tidur malam nanti.

Maka amalan tidur siang ini menjadi pengubat kepada insomnia!

Kesempatan dapat berbaring dan bersantai walaupun sekejap, dapat kendur2kan urat sambil hilangkan penat, lepas tu barulah sambung kerja dengan lebih segar.
Tapi  tidak digalakkan jika tidur selepas Asar kerana ia boleh mewarisi kegilaan ......dan Rasulullah s.a.w  amat benci tidur sebelum isyak. Ini ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Mak pun dulu buat juga tidur sebelum Isyak, sekali-sekala, sebab letih sangat tapi bila dah tau, tunggu sampai tunai solat isyak baru tidur.

Anak2 kalau berblogging malam2 berhentilah sekejap untuk solat sunat tahajjud, taubat dan hajat...sekejap je...10 minit pun boleh! Malaysia boleh! Cuba dulu satu2, insyaAllah, tapi kalau memang dah jadi amalan , Alhamdulillah....anggap ni hanya nasihat orang2 tua biasa2 ja...

Kalau kita tidur selepas asar, selalunya nak berlarutan ke maghrib dan bila bangun macam orang tak betul...jadi elakkan! ....mewarisi kegilaan tu , mungkin gila betul ke atau alzheimer ke atau lain-lain yg kita tak terduga...nauzubillahhiminzaalik!

Amalan yag baik kita amalkan...yg dilarang atau tak disukai kita jauhi..jumpa lagi insyaAllah.wassalam! Tidur lagi..... (II)

3 comments.. read them below or add one

Ezad Skytech Ezad Skytech July 23, 2011
betul tu...elakkan tidur lepas asar..dulu2 pernah la..sekarang tak da...hee~(^^,)
mohdhazlan Dreadlock mohdhazlan Dreadlock July 23, 2011
monim...bangun2:)


Excellence
SoLy SoLicious SoLy SoLicious July 23, 2011
ha..btol 2.. dulu sy slalu gk tdo pah asar..letih balik klas..lps tuh,xbuat dah..heee

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.