Stress tu bukan lah penyakit tapi
boleh menjejaskan kesihatan kita bila berlaku dlm jankamasa yang lama dan bertimpa-timpa pula banyaknya.
boleh menjejaskan kesihatan kita bila berlaku dlm jankamasa yang lama dan bertimpa-timpa pula banyaknya.
Stress yang kronik menyumbang ke arah kemurungan. Eee..ini bukan lah perkara yg menyeronokkan!
Jika dibiarkan kemurungan boleh membawa kepada migrain,insomnia (payah tidur) , ulser, sakit belakang dan lagi teruk, bunuh diri ! Nauzubillah hi minzaalik!
Mintalah diri mak dan anak-anak semua dihindarkan dari perbuatan ini, tak bau syurga langsung....
Selain dari itu stress juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan lagi dahsyat ialah kanser!
Jadi, jangan biarkan diri kita dikerumuni stress, ambillah langkah-langkah awal spt bertenang. Jangan fikirkan sangat bebanan yg diterima.
Mesti ada yang cakap mak senanglah cakap bertenang tapi macamanakan? Ya... paling senang dengan berzikir.
Berzikirlah dengan penuh penghayatan ...
Bersolat juga cara yang baik untuk menenangkan fikiran. ada solat fardhu, ada solat sunat dan sujud syukur, bersyukur ada udara Allah bagi untuk kita bernafas.
Lakukanlah solat degn pengahayatan , jangan kalut2
Bertindak positive dgn meyakini diri kita boleh melakukannya, elak dari memikirkan perkara buruk. Elak dari memikirkan sesuatu masalah dengan mendalam, nanti runsing bertambah2.
Tidur kena cukup, bangun pagi otak segar, barulah dpt fikir jalan penyelesaiannya.
Dapat buat aktiviti fizikal spt bersukan, bersenam, berkebun lagi bagus. Selalunya bila stress rasa tak boleh nak buat benda lain dah. Cuba ubah, rasa lebih tenang tau... Mak selalunya siram pokok bunga ja ..sambil pelan2 berzikir, pokok pun pandai berzikir.....
Boleh? InsyaAllah...
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.