Harini mai kita cakap sikit pasai sifat kita yang tak terperasankan oleh orang lain...sifat apa tu? Ha... itulah riak!
Riak ni adalah sifat orang yg suka menunjuk-nunjuk iaitu menunjuk-nunjuk amalan atau setiap kebaikannya kepada kepada orang lain dan tidak mengharapkan keredhaan daripada Allah s.w.t.
Arwah wan mak (nenek lelaki Afif) pernah bagi nasihat pada mak masa mak kecik-kecik dulu katanya, bila kita buat sesuatu buatlah kerana Allah. Janganlah kita nak balasan dari orang. Dan janganlah kita mengungkit-ungkit kebaikan supaya orang ingat dan rasa terhutang dgn kita. Buatlah kebaikan tu dan jangan niat nak menunjuk-nunjuk takut nanti jadi riak... macam tu lah lebih kurang.
Mak tanyalah riak tu apa? Wan pun kiaslah pulak katanya sifat riak itu umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang tiada cahaya bulan.
Anak-anak faham tak apa maksud kiasan tadi tu?...maksudnya sifat riak ni adalah satu sifat yang tersembunyi di sebalik rupa dan tingkahlaku sesorang tu yang kita nampak dia baik relaks saja, tak nampak pun dia nak menunjuk-nunjuk umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau pun tapi bukan seperti tangan kanan memberi, tangan kiri hubungi media... (ehm...senyum saja tau...jgn gelak kuat-kuat sangt nanti terkejut org sebelah..) Malam dah la gelap, boleh nampak skit2 ja tapi semut kecik kalau warna merah pun bukannya nampak dalam gelap malam, lainlah kalau bawa torchlight....anak-anak dah faham sekarang? Riak ni bukannya macm sombong, bongkak dan bangga yg kita boleh nampak secara zahir.
Dan sifat ini amat tidak disukai oleh Allah s.w.t spt mana dalam maksud firmanNya dalam Ayat 4-7, Surah Al-Ma'un berbunyi "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riak dan enggan (menolong dengan) barang berguna."