GAMBAR DAN VIDEO KEMALANGAN DI TOL KESAS SEHINGGA BERLAKU KEBAKARAN



Kesesakan lebuhraya ke arah Klang agak teruk selepas berlakunya kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbabas melanggar tol dan terbakar.

Kejadian menyebabkan dua buah kereta terbakar dan seorang jurutol dilaporkan cedera ringan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui akaun twitternya berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 petang menyebabkan penutupan lorong empat dan lima di tol terbabit.

Susulan kejadian itu, beberapa buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu lori dan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya menyelamatkan diri.













0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.