Mengapa "COUPLE" Itu Dikatakan Haram ?


Salam...
Kat dunia zaman sekarang ni pasti ramai yang mempunyai pasangan atau 'couple' samada secara sah atau tidak sah..Ok..Antara sebab yang mengatakan 'couple' tu boleh jadi haram ialah:




1- MENYIMPANG DARI SYARIAT AGAMA

          Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil mama,papa,baby,honey,darling kepada pasangannya.
          Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
           Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

2- MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

           Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki.
            Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.



3- MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

            Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit ibubapa,duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian saudara mara untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.
           Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu.
            Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

4- MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam membenarkan couple apabila telah sah diijabkabulkan.


sumber dari Ust. Faris Hana Ismail

{ 15 comments.. read them below or add one }

ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK September 29, 2011
hmmmm....thanks 4 this info. ;)
PCL PCL September 29, 2011
sesuatu perbuata yang membawa kepada kelalaian dari melakukan tuntutan agama itu adalah haram sebenarnya...jgn dipersiakan masa kerana masa itu amat berharga.
maszull maszull September 29, 2011
salam...betul tu couple yg baik adalah setelah sah diijabkabulkn semoga semuanya faham akan segala info yg diberitahu diatas ni...nice n3...:)
jokergurl jokergurl September 29, 2011
hai,jom join contest.........http://jokegurl.com/2011/09/hadiah-contest-like-realiti-kehidupan/
Omar Omar September 29, 2011
Moral of the story, janganlah bercouple...

Sangat setuju dengan entri ini, especially yang nombor 1 dan 3
Nasz Nasz September 29, 2011
entry yang sangat tulus. saya suka.

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com
CintaKhadijah CintaKhadijah September 30, 2011
sesunguhnya yang halal itu indah..;)
AnonymousAnonymous October 03, 2011
aku terjumpa 1 blog baru nie, canggih idea dia. http://gerai3abdul.blogspot.com/2011/09/pergi-jahanam-dengan-islam.html ssekali lepak situ best


-tomato
Nur Fauzi Nur Fauzi October 04, 2011
it is a well known mistake, but simply ignored by many among us, especially muslim teenagers in Malaysia today.
They know it is wrong, but still want to have the couple commitment.
there are so many reason that caused the problem. one of it is education.
AnonymousAnonymous October 05, 2011
Ada yang b**** diri kerana putus cinta..

--------------------------------

Lebih baik bercinta selepas kawin bukan?
AnonymousAnonymous October 07, 2011
aq wsa ada 1 fakta je dlm ni yg x btol..mmbazirkn wang utk psangan wanita 2 salah...
CikUna CikUna March 06, 2012
Thanks for the info.. hurm tapi nak tanya, mcmana kalau perempuan tu ada sikap give & take dalam berkawan means dia berkawan bukan untuk mengikis duit si lelaki melainkan menharap cinta hakiki yg disertai doa kepada ALLAH ?? Minta respons jawapan di blog Una ye? tqvm..
bestrongandnevergiveup# bestrongandnevergiveup# September 28, 2014
Berkawan/mencintai seseorang dibenarkan di dalam Islam tetapi dengan syarat berniat utk mengahwini orang itu.N selepas pasang niat,then comes other conditions seperti tidak boleh keluar berdua(kalau nak keluar, ajak ibu bapa si wanita), tak bersentuhan,jaga percakapan dsb.

Islam sebagai agama yg lengkap mengiktiraf fitrah manusia yang menyukai opposite jantina dan of course Islam telah menyediakan landasan yg terbaik utk menyalurkan fitrah itu.

Allahu A'lam

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.