Lelaki Terpendek Di Dunia



“Secara rasmi ia adalah lelaki terpendek di dunia,” kata Craig Glenday, editor-in-chief dari Guinness Book of World Records yang mengukur ketinggian Junrey Balawing yang baru berusia 18 tahun pada 12 Jun 2011 pada sambutan harijadinya. Junrey Balawing yang berasal daripada Sindanga bahagian Selatan Filipina hanya mempunyai ketinggian 59.93 cm atau 23.5 inci sahaja. Beliau adalah anak sulong daripada 4 adik beradik yang semuanya mempunyai tubuh yang normal. Mengikut cerita daripada ayahnya, beliau mengatakan doktor juga tidak tahu mengapa anaknya boleh terbantut daripada pertumbuhan sebagai manusia biasa.





Pemegang rekod sebelumnya adalah Khagendra Thapa Magar dari Nepal, yang diukur pada tahun 2010 yang hanya lebih tinggi 26 inci sahaja. Junrey Balawing dikatakan telah mengalami masalah pertumbuhan sebagai kanak-kanak biasa pada umur 2 tahun dan mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Dia juga akan menjadi wajah rasmi kempen pelancongan Nepal, yang memaparkan dia sebagai orang terkecil di negara yang merupakan rumah bagi Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia.





 SUMBER


Jom Gegar blOg ini : AbgferOz 

5 comments.. read them below or add one

SoLy SoLicious SoLy SoLicious July 25, 2011
dah mcm baby ha depa ni.......
^____^
AzlanYussof AzlanYussof July 25, 2011
kejadian tuhan..ada kelebihan orng tu..hehe
inspirasicyber inspirasicyber July 26, 2011
tuhan jadikan macam2 untuk kita berfikir kan...tq bro sebab share di blog anda..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.