Remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah Meninggal Dunia - Remaja orang kurang upaya (OKU) adik Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang pernah menjadi bualan hangat sebelum ini disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Memetik laporan BH Online, adik Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan.
Difahamkan, Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital pada 1.15 petang.
Adik Firdaus sebelum ini menggemparkan masyarakat selepas ditemui terkurung oleh pihak imigresen seorang diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan kurus kering dan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu.
Dalam kes itu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.
Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban. SK
mula2 ingat masa dia dikurung dulu perempuan ,rupanya lelaki. hehe