Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, sekaligus ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
- Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
- Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
- Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
- Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
- Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.