Lelaki Negro Dipukul Sehingga Mati Oleh Orang Ramai.. Mengapakah? - Kejadian ini berlaku pada hari rabu lepas dimana seorang lelaki negro ditangkap orang ramai akibat merogol seorang gadis dalam lif di Flora Damansara.
Lelaki Nigeria Mati Akibat Kesalahan Merogol
Pelajar Nigeria mati sejurus dia dipukul oelh penduduk di Apartmen Flora Damansara atas kesalahan merogol salah seorang penduduk di situ pada Rabu lepas.
Penolong Pesuruhjaya Polis Petaling Jaya,Azmi Abu Kassim berkata suspek mati di Balai Polis Mutiara Damansara sejam selepas polis membawanya untuk disoal siasat.
"Kami menerima panggilan dari Ketua Pegawai Keselamatan apartmen tersebut memberitahu mengenai kejadian tersebut. Bila polis tiba pada jam 8.20 malam, suspek dikelilingi sehingga 20 ke 30 orang dan tangganya diikat," beliau berkata.
Polsi diberitahu suspek mencuba untuk merogol seorang gadis di dalam lif..
"Mangsa melawan dan menjerit meminta tolong sejurus pintu lif terbuka dan beberapa orang lelaki yang berada berdekatan menangkap suspek."
Suspek kemudian dibawa ke balai polsi pada jam 8.45 malam.
"Dia selamat dan boleh berjalan ke balai dengan diiiringi oleh pegawai polis."
Mangsa diiringi oleh lelaki juga pegi ke balai untuk membuat laporan.
"Mangsa mengenal pasti suspek yang menyerangnya." beliau berkata.
Ketika menunggu untuk di bawa ke lokap, suspek digari dan terbaring di atas lantai.
"Walaubagaimanapun, kami perasan dia tak sedar bila salah seorang anggota polis memeriksanya. Pegawai kesihatan memriksa dan mengesahkan dia sudah meninggal." beliau berkata.
Azmi berkata bahawa suspek luka di sebelah kanan kepalanya dan mempunya kesan calar pada kaki dan tangannya.
"Kami sedang menunggu laporan bedah siasat"