Obama Ditinggalkan Raja Arab Saudi Untuk Jawab Seruan Ilahi (VIDEO)

Obama Ditinggalkan Raja Arab Saudi Untuk Jawab Seruan Ilahi, Raja Arab Saudi Tinggal Obama Sahut Panggilan SolatAssalamualaikum, setelah berkunjung ke India, Presiden US, Barrack Obama singgah di Arab Saudi bersama dengan isterinya bagi mengucapkan takziah kepada keluarga diraja atas kemangkatan Raja Abdullah dan juga penghormatan keatas pertabalan raja baru iaitu Raja Salman.

Namun sesuatu yang luar biasa terjadi ketika kunjungan Obama di Arab Saudi dimana Raja baru itu pergi meninggalkan manusia paling berpengaruh itu dan isteri bersendirian apabila azan asar berkumandang.
Obama Ditinggalkan Raja Arab Saudi Untuk Jawab Seruan Ilahi, Raja Arab Saudi Tinggal Obama Sahut Panggilan Solat

Video ketika lawatan Obama itu telah dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube dan menerima sejumlah tontonan yang banyak dengan komen positif dari pengguna laman tersebut. Di dalam video tersebut, kelihatan Raja Salman bersama beberapa menteri menyambut kedatangan Obama di lapangan terbang. Setelah berjabat tangan, Raja Salman dilihat meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar.






Obama setelah itu berjalan di atas karpet merah bersama isterinya tanpa ditemani oleh Raja Salman.

Seorang rakyat arab saudi telah memuat naik satu tweet berserta gambar dengan kapsyen "Inilah lelaki yang meninggalkan pemimpin negera terpenting dunia untuk sembahyang".

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous January 29, 2015
Semoga seluruh dunia Islam mendapat keberkatan daripada pemimpin baru ini..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.