Kejadian Penyokong Baling Suar Amat Memalukan - Berikutan insiden penyokong membaling suar oleh penyokong Malaysia dalam perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi malam tadi, Khairy Jamaluddin tampil memberi respon terhadap isu tersebut.
Di laman Twitternya, KJ berkata dia menyaksikan sendiri insiden terbabit kerana dia juga hadir di menonton perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam.
"Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal", tulis KJ.
[post_ads]
Selain dari menyalahkan penyokong yang tidak berdisiplin, KJ juga turut menyalahkan FAM kerana gagal mengawal keadaan stadium.
"FAM hilang kawalan di stadium mereka sendiri. Peminat baling suar adalah perbuatan salah. Dua-dua salah malam ini.", tulisnya.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88 berikutan insiden membaling suar oleh penyokong ultras Malaya.