Koleksi Petua Cara Putihkan Muka - Entri ini berkongsi tentang tips dan petua cara putihkan muka dengan cepat dan berkesan. Siapa yang tidak ingin memiliki kulit wajah yang putih, cerah dan licin bukan? Memang ramai orang yang inginkan kulit muka yang cerah, tetapi majoriti daripada mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Ada juga yang berpendapat, untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan putih, wajib kena keluarkan banyak duit untuk produk-produk sataupun mendapatkan pertolongan pakar kecantikan.Sebenarnya, ada banyak lagi tips dan petua cara putihkan muka dengan berkesan yang boleh kita ikuti dan yang paling penting sekali senang diamalkan dan tidak perlukan belanja yang banyak. Oleh itu, kami menyediakan beberapa petua putihkan wajah yang boleh anda amalkan di rumah seperti di bawah:
Cara Putihkan Muka
1) Air Beras
Salah satu benda yang selalu kita jumpa di rumah ialah beras yang kita makan sebagai nasi. Mengikut petua putihkan muka dulu-dulu, air beras boleh digunakan sebagai salah satu cara putihkan wajah secara semulajadi. Caranya ialah ambil air beras dan bilaskan wajah anda dengan air beras tersebut. Lakukan dengan kerap dan amalkan selalu untuk mendpatkan hasilnya.
2) Tomato
Ambil sebiji tomato, potong kecil-kecil atau hancurkan sebelum sapuan di bahagian muka anda. Sapukan dengan pelahan-lahan dan biarkan selama lebih kurang 20 minit lebih sebelum bilas. Amalkanlah dengan selalu dan anda pasti melihat perbezaannys.Untuk pengetahuan anda, tomato merupakan salah satu peluntur semulajadi yang tiada campuran bahan kimia.
3) Betik
Buah betik memang sedap dimakan, tetapi khasiat dalam betik juga boleh digunakan untuk mencantikan wajah serta memutihkan muka kita. Caranya adalah lebih kurang sama dengan cara yang diterangkan diatas tadi iaitu potong atau hancurkan buah betik sebelum sapukan ke bahagian muka kita. Selepas itu biarkan dalam jangka masa lebih kurang 20 minit sebelum bilas. Walaubagaimanapun, anda mestilah tahan dengan bau betik ini selepas disapukan ke muka.
4) Aloe Vera
Aloe Vera atau lidah buaya banyak digunakana untuk produk kecantikan wajah yang berada di pasaran pada masa sekarang. Tahukah anda, aloe vera ini juga boleh digunakan secara semulajadi untuk memutihkan kulit muka dan menjadikan kulit kita lebih halus dan licin. Cara penggunaannya ialah sapuka lendir aloe vera atau lidah buaya ke bahagian wajah anda dan biarkan untuk jangkan masa yang lama. Sebaik-baiknya,sapukan sebelum tidur dan cuci wajah pada keesokan harinya.
5) Limau Nipis
Cara putihkan muka dengan limau nipis memang diakui sebagai salah satu petua mencerahkan wajah yang popular. Cara menggunakannya ialah dengan menghiris limau nipis dan letakan di bahagian wajah anda. Biarkan selama yang boleh, lebih kurang 30 minit ke atas sebelum bilas dengan air. Alamkan selalu untuk melihat hasilnya.Penggunaan limau nipis yang digunakan untuk mencantikkan wajah dengan membersih serta menghilangkan jerawat.
Sekian sahaja tips dan petua cara putihkan muka secara semulajadi. Selain itu, anda juga boleh amalkan tabiat membersihkan muka dengan kerap dan gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita. Dalam kita berusaha untuk putihkan atau mencerahkan wajah, kena juga ingat akan limitnya juga dan jangan berlebih-lebihan.
anyway, klu nk tau KEPERLUAN DOS VIT C khas untuk NAK KULIT CANTIK...leh dptkan ilmu tu kat sini....
DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!