TAFSIRAN LATIHAN KEBAKARAN
3 Jenis Latihan:-1. Latihan Pengungsian / Evacuation Drill –
Latihan yang hanya melibatkan PKK dan keseluruhan pekerja sahaja bagi proses pengosongan bangunan. JBPM hanya di lantik sebagai pemerhati.
2. Latihan Kebakaran / Fire Drill –
Latihan yang melibatkan semua pekerja dan PKK bagi proses pengosongan bangunan, mempunyai senario kejadian serta melibatkan JBPM bagi proses pemadaman dan penyelamatan. JBPM juga terlibat sebagai pemerhati (observer).
3. Latihan Bersama / Mock Drill –
Latihan yang melibatkan semua pekerja dan PKK bagi proses pengosongan bangunan, mempunyai senario kejadian serta melibatkan agensi lain seperti JBPM, Polis dan Hospital serta lain-lain agensi sokongan bagi proses pemadaman dan penyelamatan. JBPM juga terlibat sebagai pemerhati (observer), pengadil beserta pemerhati dalaman dan luaran.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.