Nilai Mata Wang Malaysia Kini Merosot Lebih Teruk Berbanding Zaman Gawat Tahun 1998 Dulu

Nilai Mata Wang Malaysia Kini Merosot Lebih Teruk Berbanding Zaman Gawat Tahun 1998 Dulu - Assalamualaikum, nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998.

Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum.

Nilai Mata Wang Malaysia Kini Merosot Lebih Teruk Berbanding Zaman Gawat Tahun 1998 Dulu

Ringgit menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38 pagi tadi.

Selain itu menurut data yang diperolehi dari Bloomberg, ringgit dilihat telah menurun dengan nilai yang terbesar dalam masa 2 hari iaitu 2.3% lebih teruk dari penurunan sejak jun 1998 sebelum Tun Mahathir membuat keputusan membuat tambatan ringgit.



Pagi tadi harga minyak dunia susut 2.3% iaitu paras terndah sejak lima tahun.

Menurut pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang paling terjejas dengan penurunan harga minyak sekarang.

"Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini," katanya.

Kehilangan potensi pendapatan bakal menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun 2015 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.5 peratus tahun ini.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous December 03, 2014
Pemimpin-pemimpin kita kena muhasabah diri. Tak kisahlah dari puak manapun..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.