Bung Moktar Minta Astro Ditutup Kerana Siarkan Iklan Berlebihan - Assalamualaikum, bukan perkara baru sebenarnya kami dengar orang ramai merungut akan jumlah iklan yang muncul di saluran televisyen Astro melebihi dari yang sepatutnya. Perkara itu kini turut mendapat perhatian ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.
Dalam sesi parlimen semalam, Bung Moktar melontarkan hujah yang penyiaran Astro perlu ditutup segera kerana melanggar perjanjian dengan pihak kerajaan yang sebelum ini tidak membenarkan penyiaran sebarang iklan kerana ianya saluran berbayar.
Namun hujah Bung Moktar menerima soalan maut dari Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said yang bertanyakan sama ada ahli parlimen itu tidak takut yang isterinya, Zizie Ezette bakal dihalang keluar di saluran TV Astro selepas ini. Ha, apa jawapan dia?