Cerita Sebenar Pelajar UniKL MICET Sesat Gunung Datuk

Cerita Sebenar Pelajar UniKL MICET Sesat Di Gunung Datuk, Gelaucia Anak Benedict, Pelajar MICET sesat di Gunung Datuk, Kelab Sukan Air & Rekreasi UniKL MICET - Assalamualaikum, rakan sekelas saya di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET , Alor Gajah, Gelaucia Anak Benedict berketurunan Iban berumur 20 tahun sesat di Gunung Datuk, dekat Rembau. Dia merupakan salah seorang ahli Kelab Sukan Air & Rekreasi UniKL MICET yang aktif mendaki gunung.

Cerita Sebenar Pelajar UniKL MICET Sesat Di Gunung Datuk, Gelaucia Anak Benedict, Pelajar MICET sesat di Gunung Datuk, Kelab Sukan Air & Rekreasi UniKL MICET


Tapi, hari ni dia teringin nak daki seorang diri. Dia memulakan pendakian pada pagi tadi dan turun pada tengaharinya. Dalam perjalanan turun ketika di kawasan kaki gunung, bagi orang yang biasa naik selalunya akan terdengar bunyi air terjun. Hari ni boleh pulak dia rasa nak pergi tengok air terjun tersebut. Bila dah pergi, tima nak balik tu dia rasa diri dia sesat tak tahu nak pergi ke denai yang orang selalu guna untuk keluar dari kawasan gunung tersebut. 

Selepas itu, dia mula menelefon rakan saya, Zack untuk bertanyakan cara nak keluar dari situ. Member ni pulak dia rasa susah nak bayangkan dan kebetulan dia sendiri pun tak pernah pergi ke air terjun tersebut walaupun agak kerap mendaki gunung tersebut.



Tambahan lagi, waktu tersebut hanya seorang rakan sahaja yang masanya free iaitu Raja, rakan si Zack. Yang lain banyak kerja. Jadi, dia (Raja) pergi seorang diri ke kaki gunung untuk minta tolong renjer kat situ dan berusaha melaung dan memanggil rakannya, Gelaucia. Malangnya, waktu tersebut hujan lebat turun jadi agak susah untuk Gelau mendengar laungan tersebut.

Tadi, jam 8 malam, rakan-rakan lain pun turut pergi ke kaki Gunung Datuk untuk emmbantu apa yang patut. Rakan saya tersebut dijumpai dalam lingkungan jam 9 malam oleh Pasukan Bomba.
Sekian, untuk cerita kali ini. Harap-harap tiada yang suka hati copy entri ni. Ni memang kawan sekelas admin.   


Petikan dari Sinar:


REMBAU - Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Alor Gajah sesat di Gunung Datuk, dekat sini, selepas nekad mendaki gunung berkenaan seorang diri tengah hari tadi.

Menurut sumber, rakan pelajar berkenaan datang ke kaki Gunung Datuk dan meminta pertolongan dari pihak pengurusan gunung berkenaan bagi mencari rakannya itu.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada jam 5 petang.

"Pasukan bomba dan penyelia Hutan Lipur Gunung Datuk naik ke atas gunung bermula jam 6.30 petang tadi," katanya.

Pelajar berkenaan, Glousia Galayan, 20, berketurunan Iban dipercayai menghubungi rakan universitinya selepas hilang punca arah keluar dari gunung berkenaan.
Gerakan mencari masih dijalankan.

3 comments.. read them below or add one

Cik Iman Cik Iman November 08, 2014
Ya Allah :( Nasib baik tak de apa-apa.
AnonymousAnonymous November 09, 2014
Mmm..nasib baiklah tak berlaku perkara yang tidak diingini kan..
AnonymousAnonymous November 17, 2014
Saya baru sahaja ketahui kisah ini daripada bapa Glaucia tadi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin, rakan-rakan Glaucia serta pasukan penyelamat yang telah berusaha untuk mempastikan keselamatan beliau terjamin. Untuk pengetahuan, Glaucia bukan berketurunan Iban. Terima kasih banyak sekali lagi.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.