Showing posts with label Kembali ke sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kembali ke sekolah. Show all posts

Kembali ke Sekolah...

on Sunday, December 30, 2012

Akhir tahun menjelang awal tahun bagi setiap tahun adalah antara masa yg paling sibuk bagi mak. Tahun ini paling sibuk kerana anak mak yg keempat akan masuk ke tingkatan 1 dan tinggal di asrama. Banyak perkara yang nak dilengkapkan, bermula daripada mengisi borang permohonan, ujian kelayakan, pengesahan, membeli buku tulis dan keperluan jenama sekolah serta barangan lain, rasanya hari ini barug selesai kut. Petang kelmarin, mak bersama2 jahit lencana dan kemaskan jahitan tudung,....anak perempuan. Dah besar dah, boleh buat sambil belajar.Abahpun sibuk tuliskan nama bagi setiap barang, bimbang tertukar dgn kwn2. Bukan sibuk untuk seorang, juga untuk anak2 yg lain, cuma mereka tu di sekolah yg lama dan seorang lagi ke PLKN! Dulu lagi banyak kerja, kena tulis nama setiap buku tulis dan teks. Depa puji tulisan mak dan abah, cantik. ...abah pandai balut buku, kemas!Pandai depa! Kemarin juga Afif bertolak ke Kelantan, pukul 6ptg dah sampailah dia. Esok anak2 yg tingkatan 1 dan tingkatan 4 pula mendaftar. 4Januari nanti anak yg ke PLKN pulak. Nanti yang tinggal mak tiga beranak, bertambahlah sunyi. Tapi, buat rilek ja, supaya anak2 dapat belajar dgn tenteram. Semua dah sedia dgn azam baru? Oh! Masih ada azam lama yg belum tertunai, tak apa! Kita boleh teruskan dgn azam lama atau mungkin kita boleh ubah sikit dgn bina azam baru. Dan tak salah kalau kita ada lebih daripada satu azam kerana kita kan ada banyak komitmen! Tapi matlamat kita satu, untuk mendapat keredhaan Allah Taala,kan?
Tag : ,
 
© dePalma SP | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO