Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Wanita Solat Di Rumah Atau Di Masjid Lebih Afdhal?

on Monday, January 20, 2014

Cemburu dengan ibadat suami



Soalan:

Saya seorang isteri yang bekerjaya. Sebaik pulang ke rumah saya terpaksa mengurus rumah, memasak dan menjaga anak. Oleh itu, saya tidak berkesempatan untuk mengikut suami ke masjid. Kadang kala saya berasa cemburu juga pada suami, maklumlah solat berjemaah itu lebih besar pahalanya. Apakah ada amalan lain yang boleh menggantikan pahala solat berjemaah tersebut?

Jawapan:

Wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat atau keutamaannya lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: ”Solat di bilikmu atau rumahmu lebih baik dan lebih utama daripada solat di masjid kaum mu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Al Syaukani RH ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Kalau suami berjemaah di masjid dan kita tinggal di rumah bersama anak-anak, para ibu boleh mendidik anak-anak untuk solat bersama.

Kepada mereka ialah berada di rumah mengurus rumah tangga dan anak-anak. Dalam sebuah hadis menyatakan, “Kaum ibu (wanita) adalah pengurus dalam rumah tangga suami.”

Semua ini menunjukkan bahawa tugas utama para ibu ialah mendidik anak-anak. Namun demikian, semasa berada di rumah para ibu boleh mengambil peluang ini dengan mengajar anak menunaikan solat secara berjamaah, ajar anak membaca al quran dan juga bertadarus dengan mereka.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza.

Wanita dengan sifat lemah lembut lebih sesuai mendidik anak-anak kerana proses ini melibatkan emosi. Adakalanya kita marah, adakalanya kita belai anak-anak.

Dalam masa yang sama, para ibu berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk akidah, akhlak dan mendidik anak-anak dalam proses mereka membesar.

Menjalankan kerja rumah seperti memasak untuk suami dan anak-anak serta menjaga anak adalah ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Dalam kehidupan seharian, selama mana sesuatu itu dilakukan untuk mencapai reda Allah, ia dikira sebagai ibadah. Ibadah terbahagi dua iaitu khusus dan umum.

Ibadat khusus ialah membuat sesuatu sebagai lambang ubudiah (pengabdian) kepada Allah. Ini termasuklah ibadah seperti solat, haji, zakat dan puasa.

Ibadat umum pula meliputi kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada golongan lain. Contohnya, kita berjual-beli, kita memberi kemudahan dan keringanan kepada orang lain.

Sebab itu, isteri yang menyediakan makan-minum untuk suami dan anak-anak, mengurus rumah tangga dengan niat mencari reda Allah.

Sebenarnya, kaum wanita atau ibu sangat mudah mendapat pahala. Buatkan air untuk suami, memasak untuk anak-anak, semuanya dikira sebagai pahala.

Cuma kita perlu melihat kaitannya dengan Allah. Tanpa kaitan sebegini boleh membawa kepada timbulnya isteri yang merasa sentiasa di bawah perintah suami sedangkan sifat sebagai isteri ialah sebagai teman dan memberi ketenangan kepada suami.

Ganjaran pahala daripada Allah bukan diberi berdasarkan gender sebaliknya kepada sesiapa yang melakukan amal soleh. Allah berfirman:

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikitpun.” (an-Nisaa’: 124)

Sumber: Harakahdaily
Tag : ,

Dunia dah berubah, adab pun kena berubah?

on Saturday, December 14, 2013



Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar.  Kanak-kanak berumur dua tahun juga sudah pandai menggunakannya.  Semua pengguna telefon bimbit menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain, antara ahli keluarga, rakan bisnes, kekasih dan sebagainya. Di samping itu kebanyakannya menggunakannya untuk bermain 'game', samada semasa menunggu seseorang, semasa lapang, atau secara curi2....


Tag : ,

Gemuk ??.....

on Friday, December 13, 2013

Tiba-tiba malasnya nak mulakan sesuatu kerja, malas nak bangun jika sedang bersantai, pakai baju macam sempit, mulut dan perut asyik nak diisi saja. 
Tadi makan coklat buah tangan masa bercuti di Langkawi, kemarin makan nasi lemak pukul 10.30 malam, sebelumnya habiskan kek coklat moist harijadi kak su.....aii dah banyak lemak kat dalam badan ni...Badan dah gemuk ka?... cek BMI !


Tag : , , ,

Petua Elak Kencing Malam Untuk Anak Kecil

on Sunday, August 25, 2013




Assalamualaikum..mlm ni nak kongsi sikit bagi ibu bapa yang dah tak larat dengan anak yang suka kencing malam.

Petuanya ialah dengan perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup.

**Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur.

Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.
Tag : , ,

Fadhilat Cium Anak, Suami dan Isteri

on Saturday, August 17, 2013

Cium ANAK dapat PAHALA, Cium SUAMI gugur DOSA, Cium ISTERI????


1. Fadhilat mencium anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.



 2. Fadhilat mencium suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.







3. Fadhilat mencium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.







Kesimpulan: 
Admin rasa seeloknya jika amalkan terus ketika baru berkahwin atau mendirikan rumahtangga agar tidak berasa kekok. Maka, rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami juga isterinya sendiri….
Tag : ,

Cara Orang Jepun Didik Anak Kecil

on Thursday, December 6, 2012



1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik,dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam situation.

2. Start guna flashcards untuk ajar anak. bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna juga english selain melayu

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpecuba lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi. ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan

4. Jgn marah-marah atau tengking anak sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa kita pun bukan tak biasa merapu

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam.. bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu.ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.
Tag : , ,
 
© dePalma SP | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO